Monday, August 15, 2011

Majlis penyerahan sumbangan masjid dan surau bahagian Bintulu


Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah menganjurkan majlis penyerahan sumbangan masjid dan surau bagi bahagian Bintulu bertempat di Masjid Assyakirin Bintulu.

Seramai 74 orang wakil jawatankuasa masjid dan surau di bahagian Bintulu menerima sumbangan berjumlah RM74,000 bertujuan untuk membantu dari segi kewangan bagi membiayai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh masjid dan surau semasa bulan Ramadhan.

Dalam majlis yang sama, seramai 622 orang penerima bantuan Aidilfitri turut menerima sumbangan berjumlah RM62,200 (RM100 seorang) bagi tujuan mencukupi perbelanjaan pada Hari Raya pertama khususnya dalam keperluan asas seperti makanan dan minuman.

Upacara penyerahan disempurnakan oleh menteri muda pelancongan dan warisan (Adun Jepak) Datuk Talib Zulpilip.

Sebagai sebuah institusi yang telah dipertanggungjawabkan oleh Majlis Islam Sarawak dalam pengurusan zakat di negeri Sarawak, sehingga 31 Julai 2011, TBS telah mengagihkan bantuan sebanyak RM13.4 juta melalui tiga program utamanya iaitu: Program mengukuhkan tradisi keilmuan; program memantapkan kebajikan ummah dan program membangunkan institusi Islam.

No comments:

Post a Comment